29/09/2018

PENGALAMAN AMBIL LESEN KERETA & MOTOSIKAL (D&B2) part 2




PENGALAMAN AMBIL LESEN KERETA & MOTOSIKAL (D&B2) part 2

Assalamualaikum korang. Sekarang ni aku nak sambung post aku yang pengalaman buat lesen tu. Nak tahu aku lulus ke kandas? Okay let’s read it.

Sampai hari ujian tu. Allahu. Allah je tahu betapa nervous nye aku time tu. Sape jek boleh steady bab-bab ujian ni kan. Hahahahaha. Pagi tu siap-siap awal sebabnya tak nak pegi lewat nanti kalut pulak. Jam 7.30, cikgu aku picked up kat rumah. Lam perjalanan ke akademi tu habis ayat dah aku baca. Tangan ketaq abih. Kena pulak time aku kena ujian ni hujan lebat (musim boh an). Sampai je kat akademi tu, aku terus pergi kat pejabat sebabnya nak tanda kehadiran kita. Nak check kita turn ke berape ke ape ke. Time tu lah. MAKE SURE KORANG BAWAK : I/C & LESEN (L). Kalau tak bawak, kang merana tak habis kat situ. Heeee XD

Aku punya test ni double (D & B2). Tunggu punya tunggu, finally nama aku pon dipanggil. Time tu dah dapat turn untuk ujian moto ngan kereta. Aku start ngan ujian kereta dulu. Kalau kat tempat aku, team auto akan start ujian dulu baru sambung ngan team manual. So, dibahagikan kepada beberapa team. Aku team kedua time tu. Sampai je team aku dipanggil, semua pergi kat stesen kereta . Muka semua time tu cuak habis. Pucat macam mayat abis dah kawan-kawan aku time tu.

UJIAN KERETA (D)

First of all, UJIAN TEORI.
Ujian teori ni tak susah mana pun. Part yang paling relaks je. Boleh kata kacang je lah kat part ni. Time aku tu, ada 4 buah kereta (viva). Penilai pon ada 4orang. Duk perati atas bawah je time tu. Seram weiii. Muka diorang serius sangat. Yang ada misai lak bergulung-gulung weii. Opsss! Okay okay. Turn aku nak test tu, tiba-tiba lak sorang penilai mengamuk. “pah babpo wak main-main jah ni blako? Tak blaja ko heh? Buat smula sapa aku puah hati!” mahu tak mahu start dari awal la jawabnya. Bumper depan dalam keadaan baik bla bla bla baik baik. Lampu depan sebelah kanan berfungsi bla bla bla berfungsi. Alhamdulillah selesai dah part teori. Selesai dengan jayanya campur ngan kecut perut.

Tunggu pulak UJIAN AMALI.

Ujian amali ni start ngan part bukit. Wuiii. Part yang paling seram buat semua orang rasanya. Masuk je lam kereta time tu, rileks. Cool. Calm down. Jangan kalut. Kalau korang kalut + cemas. Habis la semua yang korang belajar lupa terus. Pakai seat belt, betulkan cermin semua. Jatuhkan handbreak perlahan-lahan sambil letak kaki kat clac. Lepastu masuk gear 1 dan lepas clac tu slow-slow. Jangan gopoh kalau tak maunya enjin mati kat situ. Tak pasal-pasal pulak memuncak debaran tu. Naik je bukit tu and STOP kat tengah2 line kuning tu. Oh ye lupa. Jatuhkan cermin sisi korang eh. Sebabnye bila da angkat handbreak tu angkat tangan kat penilai tu. Senyum jangan lupa even dia buat muka acah-acah garang. Nasib baik turn aku tu dapat penilai yang ermm. Handsome XD hahahaha. Makin bersemangat la aku time tu. Pastu kat sini la part yang nak tentukan korang lulus atau kandas. 1 je aku nak pesan. Buat rileks je. Jangan bagi mengundur kat belakang weii time ni. TAKE NOTE!

Lepas je part bukit tu, aku pun bergerak ke part parking sisi. Alamakkk! Ni pun susah juga sebenarnya. Memerlukan penelitian yang tepat dan yakin. Jangan bagi tayar tu lebih daripada petak parking tu. kalau tak melambai-lambai la penilai duk panggil korang suruh keluar. Hahahaha. Pung peng pung peng. Alhamdulillah selesai part tu dan bergerak pula ke tempat parking 3 penjuru. INGAT! Time nak masuk cabang-cabang semua tu. MAKE SURE! Lampu signal tu berfungsi. Jangan pula nak masuk kiri signal kanan. Adoiii. Penat penat. Part parking 3 penjuru ni 3 step je. Jangan duk lebih step lah ye. Okay part ni pun Alhamdulillah. So, bergerak ke part selekoh S pulak. Part ni part favourite aku. Aku suka sangat sebabnya best. Hahahaha XD kat sini pulak jangan la naik tembok. Tak pasal-pasal viral kat media sosial. Kawal elok-elok stereng kereta tu. santai-santai sambil hirup udara segar je. Nak syok lagi pasang la radio XD. Alhamdulillah dapat bergerak ke part last dah. Part selekoh Zig-zag. Kat sini hati-hati juga sebabnya takut kereta tu langgar tembok. Selekoh ni tajam jadi hati-hati la. Kawal clac & minyak tu slow-slow. Jangan excited sangat sebab nak habis. Finally, ujian amali litar DONE! Alhamdulillah.

Seterusnya, part ujian amali jalan raya. Let’s go guys !

Ujian amali jalan raya ni ada banyak laluan. Korang semestinya dah training all the laluan kan. Nasib baik dapat la laluan yang senang. Doa yang baik-baik biar everything Allah permudahkan. Tiba je turn aku, aku dapat test ngan kereta Axia time tu. aku berdebar sebabnya aku tak pernah train kereta ni. Kereta ni baru jadi gear dia pon susah juga nak kawal. Masuk je lam kereta tu bagi salam dulu. “Assalamualaikum Tuan/Puan” Senyum jangan dilupa yaa. Boleh jadi senjata tu. heeee XD penilai aku time tu nampak baik la banding ngan yang lain. Dia pun cakap suruh pergi laluan A. Laluan A ni senang la nak compare yang lain. Alhamdulillah.

Aku memang kawal nervous jek time tu. rilekskan diri. Sampai tengah perjalanan tu, tiba-tiba pulak penilai aku tu banyak cakap. Sembang punya sembang. Rancak jugak la berbual. Habis topik kitorang cakap. Aku pun makin hilang la berdebar tu. jadi bawak kereta dengan hati senang je la. Alhamdulillah selamat sampai kat akademi. Allahu Akbar. Syukur sangat time tu. Dapat borang tu “LULUS”. MISSION COMPLETED!

UJIAN MOTOSIKAL (B2)

First of all, UJIAN TEORI.

Sekarang aku nak share pengalaman untuk ujian motosikal pula. Pakai baju keselamatan tu dulu. Turn aku mengunjung tiba, time tu ada 6 motosikal untuk ujian teori. Ujian ni sama jek ngan yang kereta  tadi. Cuma time nak angkat tongkat tengah tu. Allahu. Terkial juga aku kat situ. Aku ni dah la sekeping memang tak ah nak angkat lam masa 1 saat. Dahtu aku sorang jek perempuan time tu lagilah malu weiii. Muka tak tahu nak letak mana dah. Tengok sebelah semua dah angkat tongkat tengah tu. aku ni terkial lagi. Hahahahah XD. Baca ayat-ayat sikit. Puh puh. Alhamdulillah dapat juga angkat.

Tunggu pulak UJIAN AMALI.

Mula-mula tu kena buat amali litar. Dapat motor tu aku try start TAPI susah weii. Tengok sebelah ada classmate aku. Aku time tu memang tak tahu nak buat dah. Aku da try banyak kali tapi kudrat aku tak cukup. Aku tebalkan muka aku & minta ngan kawan aku tu nak tukar motor ngan dia. Alhamdulillah. Thanks weii. Kalau kau xdak time tu xtaw la aku macam mana. Motor tu mudah nak start enjin. Okay mula-mula tu part round about. Rileks je. Pastu part titian cinta. Hahahaha XD Kat sini satu je aku nak cakap. Jangan la pandang bawah. Pandang je depan. Make sure jangan kurang 7 saat. Aku time tu 12 saat. Alhamdulillah lepas. Terus pula ke part yang tong tu. kena bawak slow-slow. Jangan langgar tong tu pula. Pastu part brek emergensi tu MAKE SURE tayar motor korang bunyi “sreeeettttt” haaaa baru awesome. Tukar gear elok-elok dari 1 sampai 3. Part seterusnya part bonggol. “toing-toing”. Senang jek. Terus pegi selekoh 8 and selekoh tajam tu. Alhamdulillah lepas da amali litar.

Start pula jalan raya. Part jalan raya ni ikut je macam yang training. insyaAllah senang juga. Alhamdulillah aku pun lulus. Tak sangka sebenarnya boleh lulus yang motor ni sebab awal-awal aku xpernah bawak motor ni.
Okay guys. Alhamdulillah aku da lulus dua-dua ujian. Yang gagal tu jangan sedih. Boleh repeat lagi. Nanti buat yang lagi baik. Nervous tu korang sendiri kena kawal. Mindset tu biar +ve vibes je. Selesai dua-dua test bawak borang pergi pejabat. So, tunggu je la beberapa hari, minggu, bulan untuk dapat Lesen P korang. yang mana da Berjaya. CONGRATULATIONS!

Nak tanya anything. Do email me ;D


Assalamualaikum. Have a nice day. 

3 comments:

  1. salam sis, ujian kereta tu susah tak part rutin pemeriksaan kenderaan?? berdebar ni sbb tak tau part enjin2,coolant, dipstick, air filter, air wiper tu semua. ke sis takat cek part bumper, lampu, cermin, seat belt tu je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Part rutin tu senang je. InsyaAllah. Jdi awk xyah risau & berdebar eh 😊 Sis pun ad jgak part cek enjin semua tu. Awk try ingat balik time awal2 dulu. Kan kita kena blajar teori dulu. Dia mesti da tunjuk one by one cara nak bukak & sebut bendalah yang lam but depan tu 😄 Anything y nk tahu buleh tnya

      Delete
  2. Sis nak no wasap, email dekat diybahyoung@gmail.com

    ReplyDelete