07/09/2018

Seloka Kelas - 6 AUH '18'


'Seloka Kelas'


6 Atas Ummu Habibah 'SMKA Naim Lilbanat 2018'




Assalamualaikum pembuka bicara,
Buat sesiapa yang sudi membaca,
Seloka ini untuk suka-suka,
Sebagai kenangan sampai ke tua.


23 puteri ukhwah bersama,
Menyimpan hasrat ke menara gading,
Menggapai impian harapan membara,
6 AUH bangkit berjuang.


Tubuh tinggi terlebih inci,
Kos kulinari pilihan hati,
Aura model nampak berseri, 
Itulah dia Cikteng Supi.


Kulit putih idaman suri,
Jari lentiknya pujaan ramai,
Otak penuh ilmu diisi,
Sape lagi kalau bukan Mashi.


Suara comelnya macam baby,
Pipi gebunya nak cubit hari-hari,
Bahasa melayu Fathiah gemari,
Sesuai dengannya seorang munsyi.


Kadang deruan bersilih ganti,
Kadang kemerduan memecah sepi,
Itulah dia Zarith Ainmy,
Tauke casing paling sejati.


Sambung menyambung hobi Fiza,
Kadang senyap melakar peta,
Jangan cuba ganggu dia,
Jelingan maut menanti anda.


Mata sepetnya idaman kumbang,
Walaupun umurnya setahun jagung,
Adik dipanggil kerana sayang,
Itulah Athirah dambaan Chong.


Jangan ditawar makanan untuknya,
Memang habis tak tinggal punya,
Ratu melodi gemersik suaranya,
Tiada lain Aisyah Airana.


Ilmu arab tiada tara,
Sekali menjerit habis ke udara,
Nak tudung follow la @mamascarves_,
Inilah dia Asma' tauke berjaya.




Suara unik sukar digambar,
Kadang diisi lawak hambar,
Orangnya tegas andai dicabar,
Shofiah hadi berjiwa pendekar.


Main pes nombor satu,
Kadang ayu kadang perkasa,
Ana dipanggil setiap waktu,
Takut tersengguk sampai habis masa.


Rutin paginya sudah dijangka,
Barangkali itu rahsia kurusnya,
Orangnya cool berkaca mata,
Itulah mrs Tadashi A.K.A Tasya.


Riuh suaranya sentiasa heboh,
Setia menanti kehadiran jodoh,
Menantu cikgu idaman Ecoh,
Memang xlawan "kemah dooh".


Bunyi misteri tiada yang tahu,
Biarlah itu rahsia dirinya,
Petah hujahnya memang padu,
Itulah dia Tathnim korea.


Dari pagi sampai ke siang,
Bekerja keras di office miliknya,
Hati penuh dengan jiwang,
Inilah Nadee pemilik nama.


Senyuman dibibir hilang tiada,
"Queen of Ticktock" label diri,
Amni sudah disunting arjuna,
Mungkin dah tak lame ada kenduri.


Mudah terhibur tapi pendiam,
Pasti terkedu pabila marah,
Sentiasa menanti kedatangan abam,
Tak lain tak bukan itu Atikah.


Neelofa idola sepanjang masa,
Sampai muka tiada beza,
Hakak braces cantik sentiasa,
Farah Syamimi itulah dia.


Dunia sendiri dilakar indah,
Tiada terganggu oleh sesiapa,
Video kpop khusyuk ditelaah,
Takde yang lain memang Nuha.


Hidung mancung dambaan pria,
Zumba di hati tak boleh dipisah,
Pekikan suara tiada lawannya,
Itulah kuba gelaran Izzah.


Diluar besi didalam tisu,
Menjadi pendiam impian tersimpan,
Usah dimarah takut lesu,
Inilah dia si kecoh Belladin.


Rahsia hati tersimpan rapi,
Digenggam kemas seorang diri,
Lawaknya buat geli hati,
Jangan macam macam Haziqah perhati.


Nobita itu sapaan untuknya,
Sekali pandang iras cina,
Ringan tulang itulah sikapnya,
Zakira Imana si empunya nama.


Di sini saja aku berseloka,
Tibalah masa aku perkenalkan diri,
Jangan terasa aku berseloka,
Perkenalkan aku Unniy Qasry.


Inilah kisah seloka kelasku,
Ragam mereka buatku ketawa,
Sekali terusik menusuk rindu,
Semoga semua akan berjaya.



Thanks for the memories guys 😊
Sorry for everything 💕
(Mei 2017 - Disember 2018)

#Unniy.Qasry







2 comments: