Adanya sahabat di sisi kita ialah anugerah daripada Allah untuk kita. Sahabat juga antara nikmat yang besar dikirimkan Allah untuk kita.
Kita sebagai manusia inginkan sahabat yang faham, yang sayangkan kita, yang selalu ada untuk kita terutama bila kita susah kan? Tapi tak semua daripada kita Allah bagi nikmat bersahabat.
Ada yang tak pernah tahu apa itu sahabat. Ada yang tak ada pun sahabat di sisi mereka. Ada yang pada awalnya bersahabat tapi terputus. Ada juga yang bersahabat kerana kepentingan diri. Tapi yang paling manis. Bersahabatlah kerana Allah iaitu yang berjanji akan membimbing antara satu sama lain.
Susah laa nak dapat yang macam tu!
Betul. Hanya yang tertentu je Allah bagi rasa nikmat tu. Halawatul ukhwah. Kemanisan dalam berukhwah.
Pernah ada yang kongsi 1 cerita.
Dulu, dia ni kawan dengan semua orang. Maknaya dia akan kawan je dengan sape yang ada ngan dia. Layan je semua. Tapi bila dia rasa nak kongsi masalah. Dia baru sedar yang dia tak pernah ada pun yang akan bersama iaitu kawan baik.
Start daripada situ, bila ada usrah. Dia tanya kat naqibah dia " akak, sy xpernah pun ada kawan baik apatah lagi seorg sahabat " tapi akak tu cakap " nak cari sahabat ni senang je. Kita dengan dia kena ada satu sikap yang terbuka antara 1 sama lain. Sikap yang saling berkomunikasi & mntak pendapat. InsyaAllah rasa berukhwah tu akan hadir"
Lepas drpd tu, dia ni hari-ii doa "ya Allah, Kau berikanlah aku seorang sahabat yang mampu membimbingku, yang ikhlas bersahabat kerana-Mu ya Allah".
Ditakdirkan 1 hari, dia 1 kelas dengan seorg ni. Mulanya xrapat pun. Tapi bila dua-ii saling meluahkan saling berkongsi. Kemesraan tu terjalin. Alhamdulillah sampai sekarang dia tak pernah miss utk update ape je yang dia buat kat sahabat dia tu.
Manis kan? Bila kita dapat rasa kemanisan tu. Berdoalah. Allah akan hadirkan seseorang utk kita suatu hari nanti. Based on story tu, dia mintak ngan Allah almost 4 years. Tapi dia xpernah give up.
Ada juga yang akan cakap. Kenapa perlunya orang lain. Mengadu je la kat Allah. Manusia mana boleh percaya.
Betul semua tu. Tapi kita manusia. Kadang-ii kita juga perlukan seseorang yang lain selain daripada family untuk sokong kita.
Andai 1 hari nanti, kita bertemu seseorang yang mampu membimbing kita. Yang selalu sokong kita. Peganglah tangan dia. Berpimpin sampai ke Jannah Allah. InsyaAllah.
Ingat. Demi mencari yang terbaik. Jangan sesekali lupa yang pernah membantu kita waktu kita memerlukan dulu. Jangan pernah lupakan ukhwah yang dibina walaupun sesingkat mana sekalipun.
Setiap yang hadir dalam hidup kita ada sebabnya. Setiap yang menghiasi diri kita ada hikmahnya.
Lafazkan sayang andai menyayangi. Kirimkan doa andai merindui. Pakukan memori andai memilih pergi 🌸