05/12/2020

IMPIAN - TERUSLAH BERSINAR

Melangkah menuju impian

Cahaya impian kini di depan sana

Walaupun kadang kesepian, tiada tempat untuk bersandar

Walaupun sakit, tanpa berhenti

Melewatinya dengan penuh makna dan cita

...............................................................................................

Kadang takut tak mampu dipisah

Namun apa jua daya harus diharungi

Berusahalah, cuba sehabis baik

Inilah peluang yang ada demi mengukir bintang

Mimpi mekar dalam kenyataan dan bunga bersinar

@unniyqasry

19/11/2020

HATI - JANGAN TERLALU MUDAH

Assalamualaikum dan hai semua. Salam PKP hehhehe. Hari ni saya nak share sikit ni. Khas untuk korang dan diri ini juga 🤞🌹

Bila seseorang hadir dalam hidup kita kan. Jangan terlalu cepat menghukum. Kenali dan selami dulu. Jangan biarkan diri terus menghukum tanpa usul. Kenali jangan sampai jatuh. Selami jangan sampai goyah. Hati kita akan mudah tersentuh bila ada yang menjaganya. Setiap orang hadir bukan suka-suka atau kebetulan. Hadirnya seseorang anugerah Allah untuk kita. Anugerah untuk kita ambil dan jaga. 

Jaga diri semua. Stay Safe #kitajagakita

@unniyqasry

07/05/2020

HATI - JANGAN OVER !



50+ Gambar Kartun Muslimah Keren, Cantik, Dan Sedih — DYP.im

Assalamualaikum. Salam ramadan kareem sahabat ! 

Caring ? Siapa je tak suka kan bila ada orang ambik berat ni. Orang yang jenis macam ni ada baik ada buruknya juga. Ya betul. Kita kena buat baik dengan semua orang. Tapi berpada-padalah juga kan. Kalau sampai tersiksa jiwa raga nak jaga hati orang lain tak elok juga. Think about it okay !

Siapa yang jenis caring ni kan. Anda mempunyai hati yang bersih. Sangat bersih okay. Sesungguhnya tak semua orang diberikan hati macam ni. Hanya orang tertentu dan selayaknya sahaja dapat menikmati indahnya kebaikan ini. Sayang korang eh tiber !

TAPI KAN !

Kadang-kadang tu kita terlalu risau. Risau sebab ape ? Sebab nak memastikan hati setiap orang yang kita jaga itu dalam keadaan baik dan selesa dengan kita. Sesungguhnya teman-teman yang ku sayang semua. Perkara ni tak bagus dan akan memberi kesan yang tak bagus untuk diri kita sendiri.

Contoh, kita silap cakap kat dia waktu kuliah tadi. Benda tu kita fikir sampai tak tidur satu malam. Asyik fikir yang “eh aku aku aku salah, mesti dia terasa hati ngan aku.” Padahal benda boleh selesaikan dengan baik. Setiap masalah ada jalan kan? Cari jalan yang solusinya tak membawa mudarat okay !

Oh yaa! Tak kisah la siapa pun. Kenalan, teman, kawan, sahabat atau someone special yang kita sayang. Ingat ! kalau terlalu banyak kebaikan yang kita bagi kat dia, maka kurang lah rasa sedar mereka untuk menghargai kita. Sebab ape ? sebab diorang tahu kita akan sentiasa ada untuk mereka dan tak kemana-mana pun. Diorang akan mengharapkan korang dalam apa jua yang diorang buat. Ingat lagi sekali, JANGAN all out semua. Limitkan :’))

Anda anda anda termasuk saya juga ni. Jangan terlalu push diri sendiri untuk memuaskan hati semua orang, tapi tapi tapi diri sendiri yang terluka. Sesungguhnya, kita takkan boleh buat mereka sentiasa selesa dengan kita. Tambahan lagi respon diorang tu mungkin tak akan sama  macam yang kita jangkakan. So ? For sure lebih dalam hati korang yang terluka.

Kenapa nak jaga sangat hati diorang ni ? Sebab apa ? Sebabnya bila makin lama kita buat baik makin kita rasa unappreciated. Diorang tak kisah pun apa yang kita duk buat. Kita sendiri yang akan down dengan diri sendiri nanti SERIUS. NOT ALL EFFORTS GET APPRECIATED. Jangan jadi yang terbaik untuk orang lain, tapi jadi yg terbaik untuk diri sendiri. Sayang diri sendiri dulu baru sayang orang lain.

Mulai sekarang belajar bahagiakan diri sendiri lebih daripada orang lain. Just let them be. Apa yang penting buat baik tu biarlah pada paras yang diperlukan. Lebih-lebih pun orang takkan pandang. Tolong pon selagi kita mampu. Jangan sampai terpaksa abaikan diri sendiri.

Manusia diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Bukan seorang untuk melengkapi semua orang. Kita semua istimewa. Diciptakan sebagai hamba-Nya. Kadangkala kita lebih mudah menyayangi orang lain berbanding diri sendiri.
Kita sanggup melakukan apa sahaja untuk yang tersayang, namun kita gagal dalam menghormati dan mencintai diri sendiri.


Kita memang perlu buat baik dengan orang lain, namun tetap perlu bersederhana dan berhati-hati.Bila takda kerjasama yang baik dari orang lain. Just stop and step back.
Tak berniat nak halang pun korang buat baik. Memang itu perkara yang bagus. Tapi berpada-padalah. JANGAN NAK OVER SANGAT KALAU HATI TAK KUAT KENA UNAPPRECIATED.


Okay. dengan kata lain jugak.
Hidup ini akan terasa indah bila kita banyak membantu orang.
Namun, ianya akan lebih indah jika kita lakukannya bukan untuk dibalas jasa.
Boleh jadi, orang yang kita banyak tolong itulah yang akhirnya banyak menyusahkan kita, menyakitkan hati dan mengecewakan kita serta memburuk-burukkan diri kita pada orang lain.

Sebab itu, bila nak buat baik dan menolong orang dengan harapan orang tersebut akan sayang, puji dan membalas jasa kita, hidup kita akan jadi sengsara. Seriously yes!
Letakkan harapan pada Allah.
Kerana Allah takkan pernah sia-siakan amal hamba-Nya. Bahkan, Allah akan membalas amal kita dengan syurga.
Maha pemurahnya Allah!

@unniyqasry

21/04/2020

PENAT - NOT EVEN ONCE



Bila rasa penat, kadang-kadang kita tak mampu nak meluahkan, Tanpa sedar air mata menemani tanda kita dah tak mampu nak tahan. Menangis dengan harapan tiada lagi beban tapi kita silap. Kita tak boleh tipu diri sendiri. Mana mungkin Allah hadirkan perasaan tu sekadar singgah dan berlalu. Allah rindu kita mengadu pada-Nya. Allah rindu nak dengar rintihan kita. Kita silap bila letak pengharapan kepada manusia lebih daripada Allah. 

Ya Allah, I Don't Know Your Plan But I Know You Are Going To Provide Me A Way.
Help Me, Guide Me, Make It Easy For Me. I Know You Never Leave Me Alone. Not Even Once Ya Allah :'))

Allah Will Never Leave You.
No Matter How Difficult A Situation,
No Matter How Long You’ve Been There,
Allah Is By Your Side.




@unniyqasry

22/03/2020

Seloka Housemate - B-3-2

'Seloka Housemate'


B-3-2 'USIM-KKNC'



Assalamualaikum sohabati jannati,
Rindu di hati jangan khuatir,
Ada caranya kita ubati,
Baca seloka sampai ke akhir.

Tingkat 3 mengah seketika,
Jalan bersama umpama terbang,
Belok kiri pintu terbuka,
Nampak bidadari 8 orang.

Lihat mukanya redup sentiasa,
Kening gelongsor menambah seri,
Kecil-kecil nak pergi mana ?
Ajue Othman latu siapa lagi.

Kaca mata berganti setiap waktu,
Hati utuh dijentik layu,
Pegang stereng umpama ratu pandu,
Qieha Rajab si comelku.

Sibuk sentiasa tiada melekat,
Sekali pandang terus ghaib,
Budak 'business' semakin meningkat,
Berkati Qiera Imana ya Rabb.

Nampak pemalu jangan percaya,
Ketawa high pitch tiada tandingan,
Nasib mengemas itu kepakarannya,
Itu Nisa Rusli tiada yang lain.

Semakin hari semakin bahagia,
Blusher original terpampang indah,
Inilah Syamimi,
Reminder kami untuk beribadah,

Dia ada gegak gempita,
Cerita seram memekak melolong,
Panjat gunung hobi sedia,
Baby Shima hiburan kala mendung.

Air mata keluar tak kira masa,
Manja dirinya tiada yang tahu,
Hanan Yusoff menjerit tak ingat dunia,
Sekali dicubit seluruh biru.

Coreta ini hanya gurauan semata,
Kalau rindu boleh dibaca,
Jangan lupa doakan aku juga,
Tulus di hati sayang semua :))





06/02/2020

JATUH - TEGURAN DARIPADA ALLAH



Aku ?
Masa silam ? Waktu dulu ? Pernah jatuh ? 🙃🙂

Pernah . Aku pernah jatuh terduduk tersungkur terdiam . Sampaikan nak bangun tak mampu . 

Waktu tu Allah tegur aku , yang semua benda kat dunia ni tak kekal . Semua milik Allah . Allah boleh ambil dan hantar dalam sekelip mata . 

Saat aku jatuh tu. Aku rasa life aku dah kosong . Dah kelam sepi berkecamuk dengan pelbagai perasaan . Mula rasa bencikan diri sendiri . Tak mampu terungkap dengan kata-kata . 

Aku hilang arah , aku menangis , aku termenung . Aku tak ada rasa nak jumpa orang waktu tu . Aku dah serik dengan semua . Sakit . Pedih . Tak terluah . 

Ya !

Memang betul . Allah akan selalu hadirkan sinar baru untuk hamba-Nya. Tapi kita nak rebut ke tak ? Tanya diri . 

Allah hantar aku sahabat untuk tarik aku balik . Nak angkat aku . Nak pimpin aku . Sahabat yang butir bicaranya merintih qalbu . 

Jujur . Tak mudah nak bangun . Tak senang nak bangkit . Tapi tak mustahil . 

Dari hari ke hari aku disaji binar positif . Perasaan negatif makin hilang seakan pergi setelah disirami cahaya indah .

Alhamdulillah saat itu saat yang tak pernah aku dapat . Hati tenang tanpa ada gelora . Jiwa senang tanpa ada derita . 

Aku yang sekarang bukanlah aku yang dulu . Sama-sama kita berpimpin tangan menuju Reda Allah . 
.
.
Allah tegur sebab Allah sayang . Allah tak nak kita makin hanyut dengan dunia . Leka dengan permainan fantasi . Syukur Allah bagi peluang :')

Terima kasih yang pernah ada 💙💗


@unniyqasry

22/01/2020

PESANAN DIRI SENDIRI (part 2)

Pesan kat diri sendiri,
Hilang deria rasa & deria bau ni susah an? 

Apatah lagi mereka yang hilang deria penglihatan tu. Bersyukurlah :')

@unniyqasry

Pesan kat diri sendiri,
Everyone has their own dark secrets right?

Jadi respect dan jaga aib mereka kalau nak Allah jaga aib kita :')

@unniyqasry

Pesan kat diri sendiri,
Forgive but never forget ni x wujud.

Why? Sebabnye. Kalau kita dah maafkan dia lillahi taala, kita akan lupa semua kesilapan dia. Buka buku baru :')

@unniyqasry

Pesan kat diri kita,
Janganlah mencintai sesuatu lebih daripada kau mencintai Allah. 
.
.
Move on 🍩

@unniyqasry

Pesan kat diri sendiri,
Kita kena jaga hubungan dengan parents kita.

Kenapa? Sebabnya Allah akan sayang dan reda dengan kita bila parents sayang dan reda dengan kita 🍁

@unniyqasry

Pesan kat diri sendiri,
Sabar la selagi mampu.

Kenapa? Sebabnya dengan sabar kita dapat tahan daripada bnyak bnda buruk brlaku 🍁

@unniyqasry

Pesan kat diri sendiri,
Sebelum tidur, maafkan semua orang yang buat kita sakit hati. Lupakan & lepaskan semua. 

Kenapa? Sebabnya kita xtaw bila kita akan mati. InsyaAllah kalau kita da maafkan diorg, kita tidur pun tenang je kan 😉

@unniyqasry

Pesan kat diri sendiri,
Tidak ada yang selalu sayangkan kita & ingat kat kita tiap-ii masa kecuali Allah.

Jadi, buatlah something yang Allah suruh & Allah reda 😊

@unniyqasry

Pesan kat diri sendiri,
Rezeki kena sharing jgak ngan orang lain. 

Kenapa? Sebabnya dalam rezeki kita ada rezeki orang lain 


@unniyqasry

15/01/2020

MASA - MENYEMBUHKAN ?

Image result for time heals everything


Time heals all wounds

Of course, it will.

But it doesn't let you forget right?

Sebenarnya masa tidak pernah menyembuhkan luka.

Masa cuma memberi ruang dan peluang.

Untuk kita menyedari, mengetahui, dan mempelajari sesuatu, bahawa kadangkala penawar yang kita cari, ada pada Allah dan ada pada diri kita sendiri:muscle:

@unniyqasry

ALLAH KNOWS - JANGAN RISAU 🤞

He knows everything :")


He knows when you do something for someone and they don't thank you.

He knows when you get up to pray in the early hours of the morning while the rest of the world is asleep.

He knows when you make duaa for others and they don't even know about it.

He knows when you do the smallest of good deeds, so small even you forget about it.

Remember, Allah knows!

@unniyqasry