
Assalamualaikum. Salam ramadan kareem sahabat !
Caring ? Siapa je tak suka kan bila ada orang ambik
berat ni. Orang yang jenis macam ni ada baik ada buruknya juga. Ya betul. Kita
kena buat baik dengan semua orang. Tapi berpada-padalah juga kan. Kalau sampai
tersiksa jiwa raga nak jaga hati orang lain tak elok juga. Think about it okay !
Siapa yang jenis caring ni kan. Anda mempunyai hati
yang bersih. Sangat bersih okay. Sesungguhnya tak semua orang diberikan hati
macam ni. Hanya orang tertentu dan selayaknya sahaja dapat menikmati indahnya
kebaikan ini. Sayang korang eh tiber !
TAPI KAN !
Kadang-kadang tu kita terlalu risau. Risau sebab
ape ? Sebab nak memastikan hati setiap orang yang kita jaga itu dalam keadaan
baik dan selesa dengan kita. Sesungguhnya teman-teman yang ku sayang semua. Perkara
ni tak bagus dan akan memberi kesan yang tak bagus untuk diri kita sendiri.
Contoh, kita silap cakap kat dia waktu kuliah tadi.
Benda tu kita fikir sampai tak tidur satu malam. Asyik fikir yang “eh aku aku
aku salah, mesti dia terasa hati ngan aku.” Padahal benda boleh selesaikan
dengan baik. Setiap masalah ada jalan kan? Cari jalan yang solusinya tak membawa
mudarat okay !
Oh yaa! Tak kisah la siapa pun. Kenalan, teman,
kawan, sahabat atau someone special yang kita sayang. Ingat ! kalau terlalu
banyak kebaikan yang kita bagi kat dia, maka kurang lah rasa sedar mereka untuk
menghargai kita. Sebab ape ? sebab diorang tahu kita akan sentiasa ada untuk
mereka dan tak kemana-mana pun. Diorang akan mengharapkan korang dalam apa jua
yang diorang buat. Ingat lagi sekali, JANGAN all out semua. Limitkan :’))
Anda anda anda termasuk saya juga ni. Jangan
terlalu push diri sendiri untuk memuaskan hati semua orang, tapi tapi tapi diri
sendiri yang terluka. Sesungguhnya, kita takkan boleh buat mereka sentiasa
selesa dengan kita. Tambahan lagi respon diorang tu mungkin tak akan sama macam yang kita jangkakan. So ? For sure lebih
dalam hati korang yang terluka.
Kenapa nak jaga sangat hati diorang ni ? Sebab apa ?
Sebabnya bila makin lama kita buat baik makin kita rasa unappreciated. Diorang
tak kisah pun apa yang kita duk buat. Kita sendiri yang akan down dengan diri
sendiri nanti SERIUS. NOT ALL EFFORTS GET APPRECIATED. Jangan jadi yang terbaik
untuk orang lain, tapi jadi yg terbaik untuk diri sendiri. Sayang diri sendiri
dulu baru sayang orang lain.
Mulai sekarang belajar bahagiakan diri sendiri
lebih daripada orang lain. Just let them be. Apa yang penting buat baik tu
biarlah pada paras yang diperlukan. Lebih-lebih pun orang takkan pandang.
Tolong pon selagi kita mampu. Jangan sampai terpaksa abaikan diri sendiri.
Manusia diciptakan untuk saling melengkapi antara
satu sama lain. Bukan seorang untuk melengkapi semua orang. Kita
semua istimewa. Diciptakan sebagai hamba-Nya. Kadangkala kita lebih mudah
menyayangi orang lain berbanding diri sendiri.
Kita sanggup melakukan apa sahaja untuk yang
tersayang, namun kita gagal dalam menghormati dan mencintai diri sendiri.
Kita memang perlu buat baik dengan orang lain,
namun tetap perlu bersederhana dan berhati-hati.Bila takda kerjasama yang baik
dari orang lain. Just stop and step back.
Tak berniat nak halang pun korang buat baik. Memang
itu perkara yang bagus. Tapi berpada-padalah. JANGAN NAK OVER SANGAT KALAU HATI
TAK KUAT KENA UNAPPRECIATED.
Namun, ianya akan lebih indah jika kita lakukannya bukan untuk dibalas jasa.
Boleh jadi, orang yang kita banyak tolong itulah yang akhirnya banyak menyusahkan kita, menyakitkan hati dan mengecewakan kita serta memburuk-burukkan diri kita pada orang lain.
Sebab itu, bila nak buat baik dan menolong orang dengan harapan orang tersebut akan sayang, puji dan membalas jasa kita, hidup kita akan jadi sengsara. Seriously yes!
Letakkan harapan pada Allah.
Kerana Allah takkan pernah sia-siakan amal hamba-Nya. Bahkan, Allah akan membalas amal kita dengan syurga.
Maha pemurahnya Allah!
Okay. dengan kata lain jugak.
Hidup ini akan terasa indah bila kita banyak membantu orang.Namun, ianya akan lebih indah jika kita lakukannya bukan untuk dibalas jasa.
Boleh jadi, orang yang kita banyak tolong itulah yang akhirnya banyak menyusahkan kita, menyakitkan hati dan mengecewakan kita serta memburuk-burukkan diri kita pada orang lain.
Sebab itu, bila nak buat baik dan menolong orang dengan harapan orang tersebut akan sayang, puji dan membalas jasa kita, hidup kita akan jadi sengsara. Seriously yes!
Letakkan harapan pada Allah.
Kerana Allah takkan pernah sia-siakan amal hamba-Nya. Bahkan, Allah akan membalas amal kita dengan syurga.
Maha pemurahnya Allah!
@unniyqasry