23/11/2019

RASULULLAH S.A.W - CINTA YANG SUCI

Sayang dan Cinta hanya untuk Rasulullah S.A.W


Mekar kuntuman bunga dahlia,
Dikutip hawa di tepi titi,
Nabi Muhammad junjungan Mulia,
Halus pekerti indah personaliti.

Cinta hadir simpan di hati,
Risau terlepas jadi igauan,
Rasul terakhir tiada ganti,
Sunnah kekal jadi panduan.

Kenangan indah terus tersemadi,
Jalanan hidup makin tenggelam,
Al-Quran bukti mukjizat abadi,
Menjadi pegangan umat Islam.

Hijau daunan tepi ampaian,
Merah bunga semakin merata,
Membelah bulan bukti kenabian,
Orang kafir tiada terkata.

Halus berduri menitis darah,
Sakit terasa lari mahallah,
Isra’ Mikraj peristiwa sejarah,
Solat diterima perintah Allah.

@unniyqasry

17/11/2019

KENANGAN - DIHEMPAS ANGIN LALU

KENANGAN... Membinanya butuh masa yang lama tapi memusnahkan hanya dengan sekelumit ego 🌈




Pernah dengar tak, sekali buat jahat 10 kebaikan yang lalu terus dilupakan?  

Sebenarnya keadaan ini berbeza dari cara dan situasi orang yang menghadapi, kita tak boleh terus kata yang kita ini jenis orang yang senang memaafkan dan senang menghukum.

Tapi satu kita harus ingat. Orang yang kita benci hari ini
Dia pernah ada diwaktu kita susah. Dia pernah ada dikala 
Kita sendiri. Dia pernah ada saat-saat genting kita. Kita kenal dia. Kita suka dengan cara dia. Dan kita rapat.

Tapi.

Disaat kita rapat dan baik. Hubungan itu diuji Allah.
Salah sorangnya berubah, salah sorangnya makin menjauh.

Hubungan itu berubah dan renggang. Semakin pergi. 
Kemudian putus dan saling bermusuhan.

Salahkah mereka? 
Salahkah Allah?  Tidak.
Barangkali.
Itu adalah ajaran dari Allah yang ingin kita sedar.
Yang didunia ini. Tiada yang kekal. Meskipun kita pernah berjanji kawan hingga syurga. Sahabat hingga akhirat.

Allah mahu kita sedar, tak semua benda itu bersifat kekal.  
Ianya datang seperti angin.. Nyaman menghembus nadi.. 
Kemudian hilang ditelan bumi..  Dek kerana satu kesalahan..  
Satu ujian.. Kita bukan lagi siapa-siapa..  Mungkin betul.. 
Salah satunya yang bersalah..  Kesalahan tidak disedar.. Ego meninggi diri..  

Hilangnya orang yang kita rapat.. Ibarat hilang keluarga.. 
Ibarat hilang mainan yang kita sayang.. Ibarat hilang satu perkara yang dipanggil kekuatan..  Rindu??  Sudah tentu..  Mana mungkin kita terbiasa dgn satu2 perkara yang selalu ada.. Kemudian tiada.. 

Mungkin nanti kita akan bercerita semula? 
Mungkin nanti kita akan bergurau senda? 
Mungkin nanti kau akan doakan aku.. 
Bila aku kembali kepada pencipta..  

Al-fatihah pada hubungan sahabat yang terputus
Moga-moga ada pelangi baru... 


@unniyqasry

11/11/2019

PERTEMUAN - TIADA YANG SIA-SIA

" Setiap pertemuan itu ada ibrah. "



Sama ada
1. Kita belajar dari orang
2. Orang belajar dari kita

" Ambillah ibrah ibrah (pengajaran darinya) wahai orang-orang yang celik mata hatinya (berfikir). "
( Surah Al-Hasyr: 2 )

'Lesson learn' itu mungkin dalam bentuk sejarah peribadi, mungkin juga dari sejarah kehidupan orang lain.

Setiap pertemuan bersebab bukan sia-ii 🦋🌸


@unniyqasry

09/11/2019

PESANAN DIRI SENDIRI (part 1)


  • Pesan kat diri sendiri,

Biar orang buat kita jangan kita buat orang.

Why? Sebabnye Allah sayangkan hamba-Nya yang buat baik kat orang lain even dia xpernah dilayan baik :blush:

  • Pesan kat diri kita,

Sekali buat kesilapan dalam hidup ni. Jadikan pengajaran & jangan ulang kesilapan tu lagi.

Minta pertolongan Allah untuk kuatkan kita :rose
  • Sape kata best friend ni xde cemburu :speak_no_evil:

Mesti ada cemburu tu bila kita sygkan sahabat kita kan?

Mesti kita takut bila sahabat kita rapat ngan org lain kan?
Tapi kena ingat :blush: pesan kat diri sendiri,

Bersahabat biarlah berpaksikan Allah sebab di situ akan lahirnya halawatul dalam berukhwah :two_hearts:

  • Pesan kat diri sendiri,

Kalau nak berjaya kena betulkan niat kita.
Kenapa? Sebabnya kalau niat dah betul. Allah akan reda & Allah akan bantu kita untuk berjaya :four_leaf_clover:

  • Kes move on ni kan tak kisah la sape lagi cepat move on ke tak. Tapi kalau lagi cepat move on lagi bagus kan :blush:
Tak elok sedih lama-ii. Kenapa? Pesan kat diri sendiri, sebabnye kita kena percaya yang Allah nak bagi yang lagi baik untuk kita :grapes:

  • Pesan kat diri sendiri,

Jangan cpat sngat nak menilai orang lain.
Kenape? Sebabnya xsmua pnilaian kita tu betul. Kalau salah? Kan da tak elok utk kita :four_leaf_clover:

  • Pesan kat diri sendiri,

Sebelum tidur niat dalam-ii maafkan semua orang yang pernah buat kita terasa hati.
Kenapa? Sebabnya kalau kita dah maafkan diorg. Kita tidur pun tenang je kan :wink: niat jgak kita nak mati dalam husnul khatimah.

  • Pesan kati diri sendiri,

Buat baik jgak kat haiwan-ii.
Kenapa? Sebabnya haiwan-ii kan ciptaan Allah jgak :rabbit::hatched_chick

  • Pesan kat diri sendiri,

Nak buat ape-ii je. Ingat agama kita. Jangan nak malukan atau jatuhkan maruah agama kita :blush:
Islam itu Indah

  • Pesan kat diri sendiri,

"Walaupun dosamu seluas lautan, jangan putus asa untuk bertaubat."
"Kenapa?"
"رحمة الله أكبر من ذنبك"
"Rahmat Allah lebih besar daripada dosamu."



BERJAYA - JANGAN PERNAH MENGHARAPKAN SUAPAN




NAK BERJAYA KE TAK ?

Kita semua as a human yang diciptakan. Mesti nak berjaya dalam hidup. Tak kire lah di dunia mahupun akhirat. Sebagai hamba Allah & khalifah Allah di muka bumi ini. Kita kena pandai seimbangkan kejayaan di dunia & akhirat. Senang cerita. Tidak akan complete kalau kejar dunia semata-mata atau sebaliknya. We must have the keseimbangan dalam hidup ni. Baru boleh berjaya.

Nak berjaya kat dunia? How? Xkan kejayaan tu bergolek- golek datang? Xkan melayang-layang melekat kat kita kan? You can imagine? Kejayaan tu datang sendiri tanpa perlu buat apa-apa? Fyi, sebuah kejayaan tak kan mampu dilakar dengan angin. Kejayaan hanya mampu dilakar dengan adanya usaha yang tinggi :blush:

Mula-mula. Nak berjaya kita kena pasang niat. Betulkan niat. Semua yang kita buat Ikhlas untuk Allah. Hanya sebab Allah. Xperlu & jangan pernah niat untuk benda lain. Contoh, "hari ni aku pergi sekolah nak jumpa awek" Allahu. Memang xkan dapat la keberkatan & ilmu sepanjang hari duk kat sekolah tu. Nak ke mcm tu? Xnak kan? So? It's simple. NIAT :blush:

Lepas niat tu kerana Allah. Strusnya mindset kita. Mindset kita pun kena betul taw. Kena slalu +ve. "aq boleh berjaya aq boleh berjaya" "org lain boleh xkan aq xboleh" mindset kita akan mmpngaruhi action kita. Klau mindset dah kelaut. Action semestinya x ade la kan :blush:

Oke. Lpas da niat betul2. Mindset pun da refresh. Akan adenye keazaman dalam diri kita. Keazaman yang tinggi untuk berjaya. Yang ni penting. Sebab ape? Keazaman ni xsmua org ada. Nak bentukkan keazaman ni xmudah. Keazaman akan lahir dalam diri bila kita dah nampak matlamat kita untuk berjaya :blush:

Lepas niat dah betul. Mindset dah refresh. Keazaman dah ada. So what's next?

Next is kita bertindak. Action. Bila mindset dah bergabung dengan azam korang yang meronta ronta tu. Korang akan melakukan aksi atau tindakan. Tindakan akan hadir bila mindset kita dah berfungsi.

Jadi xsusah pun untuk berjaya. Sebabnye kunci utama ada dalam diri kita sendiri. Siapa yang mampu ubah kita selain diri kita sendiri. Orang lain boleh bagi nasihat motivasi & sbgainya. Tapi kalau kita sendiri yang tak mengambil peluang tu. Memang xkan jadi. Kejayaan seseorang bermula dari diri seseorang tersebut. :two_hearts:

:cherry_blossom:



17/02/2019

AKHDAN - ANUGERAH ALLAH





ANUGERAH KIRIMAN ALLAH UNTUK HAMBA-NYA

Adanya sahabat di sisi kita ialah anugerah daripada Allah untuk kita. Sahabat juga antara nikmat yang besar dikirimkan Allah untuk kita. 

Kita sebagai manusia inginkan sahabat yang faham, yang sayangkan kita, yang selalu ada untuk kita terutama bila kita susah kan? Tapi tak semua daripada kita Allah bagi nikmat bersahabat. 

Ada yang tak pernah tahu apa itu sahabat. Ada yang tak ada pun sahabat di sisi mereka. Ada yang pada awalnya bersahabat tapi terputus. Ada juga yang bersahabat kerana kepentingan diri. Tapi yang paling manis. Bersahabatlah kerana Allah iaitu yang berjanji akan membimbing antara satu sama lain. 

Susah laa nak dapat yang macam tu! 

Betul. Hanya yang tertentu je Allah bagi rasa nikmat tu. Halawatul ukhwah. Kemanisan dalam berukhwah. 

Pernah ada yang kongsi 1 cerita.

Dulu, dia ni kawan dengan semua orang. Maknaya dia akan kawan je dengan sape yang ada ngan dia. Layan je semua. Tapi bila dia rasa nak kongsi masalah. Dia baru sedar yang dia tak pernah ada pun yang akan bersama iaitu kawan baik. 

Start daripada situ, bila ada usrah. Dia tanya kat naqibah dia " akak, sy xpernah pun ada kawan baik apatah lagi seorg sahabat " tapi akak tu cakap " nak cari sahabat ni senang je. Kita dengan dia kena ada satu sikap yang terbuka antara 1 sama lain. Sikap yang saling berkomunikasi & mntak pendapat. InsyaAllah rasa berukhwah tu akan hadir"

Lepas drpd tu, dia ni hari-ii doa "ya Allah, Kau berikanlah aku seorang sahabat yang mampu membimbingku, yang ikhlas bersahabat kerana-Mu ya Allah".

Ditakdirkan 1 hari, dia 1 kelas dengan seorg ni. Mulanya xrapat pun. Tapi bila dua-ii saling meluahkan saling berkongsi. Kemesraan tu terjalin. Alhamdulillah sampai sekarang dia tak pernah miss utk update ape je yang dia buat kat sahabat dia tu. 

Manis kan? Bila kita dapat rasa kemanisan tu. Berdoalah. Allah akan hadirkan seseorang utk kita suatu hari nanti. Based on story tu, dia mintak ngan Allah almost 4 years. Tapi dia xpernah give up.

Ada juga yang akan cakap. Kenapa perlunya orang lain. Mengadu je la kat Allah. Manusia mana boleh percaya. 

Betul semua tu. Tapi kita manusia. Kadang-ii kita juga perlukan seseorang yang lain selain daripada family untuk sokong kita. 

Andai 1 hari nanti, kita bertemu seseorang yang mampu membimbing kita. Yang selalu sokong kita. Peganglah tangan dia. Berpimpin sampai ke Jannah Allah. InsyaAllah.

Ingat. Demi mencari yang terbaik. Jangan sesekali lupa yang pernah membantu kita waktu kita memerlukan dulu. Jangan pernah lupakan ukhwah yang dibina walaupun sesingkat mana sekalipun. 

Setiap yang hadir dalam hidup kita ada sebabnya. Setiap yang menghiasi diri kita ada hikmahnya. 

Lafazkan sayang andai menyayangi. Kirimkan doa andai merindui. Pakukan memori andai memilih pergi 🌸