Pernah dengar tak, sekali buat jahat 10 kebaikan yang lalu terus dilupakan?
Sebenarnya keadaan ini berbeza dari cara dan situasi orang yang menghadapi, kita tak boleh terus kata yang kita ini jenis orang yang senang memaafkan dan senang menghukum.
Tapi satu kita harus ingat. Orang yang kita benci hari ini
Dia pernah ada diwaktu kita susah. Dia pernah ada dikala
Kita sendiri. Dia pernah ada saat-saat genting kita. Kita kenal dia. Kita suka dengan cara dia. Dan kita rapat.
Tapi.
Disaat kita rapat dan baik. Hubungan itu diuji Allah.
Salah sorangnya berubah, salah sorangnya makin menjauh.
Hubungan itu berubah dan renggang. Semakin pergi.
Kemudian putus dan saling bermusuhan.
Salahkah mereka?
Salahkah Allah? Tidak.
Barangkali.
Itu adalah ajaran dari Allah yang ingin kita sedar.
Yang didunia ini. Tiada yang kekal. Meskipun kita pernah berjanji kawan hingga syurga. Sahabat hingga akhirat.
Allah mahu kita sedar, tak semua benda itu bersifat kekal.
Ianya datang seperti angin.. Nyaman menghembus nadi..
Kemudian hilang ditelan bumi.. Dek kerana satu kesalahan..
Satu ujian.. Kita bukan lagi siapa-siapa.. Mungkin betul..
Salah satunya yang bersalah.. Kesalahan tidak disedar.. Ego meninggi diri..
Hilangnya orang yang kita rapat.. Ibarat hilang keluarga..
Ibarat hilang mainan yang kita sayang.. Ibarat hilang satu perkara yang dipanggil kekuatan.. Rindu?? Sudah tentu.. Mana mungkin kita terbiasa dgn satu2 perkara yang selalu ada.. Kemudian tiada..
Mungkin nanti kita akan bercerita semula?
Mungkin nanti kita akan bergurau senda?
Mungkin nanti kau akan doakan aku..
Bila aku kembali kepada pencipta..
Al-fatihah pada hubungan sahabat yang terputus
Moga-moga ada pelangi baru...
@unniyqasry
Cause youre my bestfriend and i love you three thousand
ReplyDeleteThank you sahabat. me heart you more :")
Delete